Semester 6

LAST SEM PROJECT :D

Tibalah masa yang di nanti -nantikan iaitu projek INDUSTRIAL DESIGN V bagi semester akhir....Kali nih tema yang diberikan ialah "Smart Health"...Apa tuw "Smart Health"?? pening aaaaaa..."Smart Health" nih benda-benda yang boleh mendatangkan kesihatan pada badan ke?? Macam pil-pil kecantikan ke?? Atau macam alat-alat senaman??

APA TUW SMART HEALTH??

"Smart Health" nih boleh ditafsirkan sebagai satu rekabentuk yang melibatkan manusia dan kesihatan...Apa yang boleh ditafsirkan dengan "smart" ialah satu rekabentuk yang bijak ke arah hadapan yanng dapat menyelesaikan masalah kesihatan pada pesakit...Bagi perkataan "health" pula boleh di tafsirkan dalam bahasa ibunda kita sebagai kesihatan...Jadi "Smart Health" nih boleh dikategorikan sebagai satu rekabentuk yang bijak untuk kesihatan manusia...antara contoh alatan "Smart Health" adalah seperti berikut :)






BUAT PROPOSAL DULU~~

Sebelum memulakan sesuatu kerja rekabentuk nih kena buat proposal dlu...Propose dulu benda apa yang saya nak buat pada semester ini...Fikir demi fikir dah dapat satu tajuk gempak nak buat iaitu "Helicopter Penyelamat" untuk kawasan pendalaman...Dua projek "transport" pada semester ini biar betul...Tapi lecturer suruh buat dua proposal...Jadi proposal satu lagi saya buat "Air Purifier" jela...Dah tahu dah memang "Air Purifier" tuw kena reject...Tengah semangat nak buat "helicopter" nih...hahahaa :D




Tapi seribu kali sayang sebab kedua-dua proposal ini di-reject...Sebab kenapa proposal "Helicopter" tidak terima kerana bagi projek satu lagi saya dah buat transport iaitu "Tourism Monorail"...Jadi ia kan membebankan saya jika projek IDE V pom buat "tranport"...Tapi kalau pilih proposal "Air Purifier" memang tidak capai level la...Saya nak buat projek yang gempak skitttt...Jadi terpaksa lah buat proposal baru iaitu "Patient Table" atau lebih dikenali sebagai "Overbed Table"...Ini merupakan contoh "Overbed Table' yang sedia ada :)


MULA MELAKAR (SKETCHS)~~

Selepas proposal dah proceed apa tunggu lagi mula la melukis...Habis dinding pergi conteng untuk mendapatkan idea yang paling baik...Tapi alhamdulillah dapat jugak Ideation-ideation yang boleh dilukis...Ini antara ideation yang telah dilukis :)







Ini merupakan design idea yang dipilih oleh lecturer untuk di perkembangkan...Dua design sudah cukup untuk dikembangkan...Kalau banyak-banyak nanti pening plk nak develop >_<





NEXT STEP DEVELOP LA PLK :)

Selepas dua ideation dah dipilih step seterusnya ialah perlu develop menjadikan design saya tuw lebih baik dari idea asal...Ini adalah semua development yang saya buat dan Alhamdulillah lecturer telah memilih idea meja yang bewarna kuning (gambar paling bawah)...Selepas development kena buat detailing dan mockup plk...oh yeahhhh :D








1 comment:

  1. Are you looking to buy an overbed table? You have come to the right place! We have a great choice of overbed tables that are amazing value for money. Designed to make life easier should you be bed-bound, an overbed table will bring comfort, independence, and practicality to your bedroom by placing a handy table over your bed as required for meals, hobbies or reading. Over bed tables

    ReplyDelete